Siakap Keli
Gambar: Sindonews.com, The Jakarta Post

Tular Lelaki Didakwa Pukul Dada Budak 2 Tahun, Dipercayai Kerana Buang Air Besar Di Rumahnya

Video keganasan terhadap seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun oleh seorang lelaki dewasa telah menjadi tular di media sosial. Dalam video tersebut, kanak-kanak itu telah dipukul di bahagian dadanya sehingga tercekik, lapor portal Sindonews.com.

Tindakan ganas itu segera menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet serta orang ramai yang melihat video tersebut.

“Itulah lelaki yang baru dilaporkan hari ini. Tapi saya rasa dia sedang melarikan diri, tolong bantu cari dia. Inilah wajah lelaki itu,” tulis sebuah akaun Instagram.

Dalam perbualan itu, didapati bahawa video tersebut diperoleh daripada seseorang dan kanak-kanak yang menjadi mangsa pukul itu adalah anak saudara rakan lelaki itu. Sementara itu, pelakunya adalah kekasih kepada kakak lelaki tersebut.

“Dari abang isteri saya Ndoro. Ini IG isteri saya Ndoro. Video itu kepunyaan rakan saya. Semasa saya bertanyakan, itu adalah anak saudara rakan saya. Pelaku adalah teman lelaki kepada adiknya,” sambung unggahan tersebut.

Masih dalam unggahan tersebut, ditulis bahawa kronologi kejadian bermula apabila kanak-kanak diajak bermain oleh pelaku di rumahnya. Setibanya di rumah pelaku, kanak-kanak tersebut dilaporkan membuang air besar. Kesal, pelakunya terus menganiaya kanak-kanak tersebut.

“Dari maklumat yang saya dapat, kejadian itu berlaku pada 28 Februari 2021. Ya, ianya berlaku di Tangerang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Wahyu Sri Bintoro menyatakan bahawa pelaku telah berjaya ditangkap. Esok, pihaknya akan segera membuka kertas siasatan berkenan kes penderaan kanak-kanak.

Sumber: Sindonews.com

Aqmal Ezany

I write what is right