Bila sebut mengenai kemalangan, pastinya tiada siapa yang ingin perkara itu berlaku ke atas diri sendiri.
Namun, kita juga hanyalah manusia biasa yang perlu terima ketentuan takdir, ia tidak boleh dielak.
Dalam pada itu, ada sesetengah kes kemalangan yang melibatkan mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu.
Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada bolehkah mangsa itu menyaman individu yang melanggarnya dan membawa kes ke mahkamah.
Peguam, Rasshidi Syed ada jawapan mengenai persoalan itu, ikuti perkongsiannya di bawah ini.
BOLEHKAH SAMAN KEMALANGAN DIBUAT OLEH PEMANDU ATAU PENUNGGANG MOTORSIKAL YANG TIDAK MEMPUNYAI LESEN MEMANDU?
Haaa, biasa dengar kes kemalangan berlaku antara motor kereta, kereta dgn kereta, motor dengan motor dan segala jenis kenderaan kan… Tapi, isu yang kita nak bincangkan ini adalah berkenaan lesen memandu.
1. Boleh ke nak proceed kes jika mangsa kemalangan tersebut tidak mempunyai lesen memandu?
2. Pasti kalah ke jika tiada lesen memandu ini?
Sebenarnya dan hakikatnya, semua pembaca perlu membezakan kes-kes kemalangan dan kesalahan trafik.
Beban pemberatan pembuktian kes kecuaian (tidak terhad kepada kemalangan) adalah 50 kali ganda lebih susah berbanding kesalahan trafik. Maka, tidak semestinya bila berlaku kemalangan, lesen memandu adalah dijadikan asas kepada kecuaian dan/atau punca dan/atau faktor yang menyumbang kepada kecuaian kemalangan tersebut.
Jawapan No. 1:
Boleh sahaja kita proceed utk kes bagi mangsa yang tiada lesen memandu atau lesen memandu yang telah tamat tempoh (lesen sudah mati).
Mahkamah tiada halangan untuk memutuskan isu kecuaian dan mahkamah juga tidak akan memutuskan kesalahan trafik bagi kes lesen memandu sebab itu adalah bidangkuasa yang berbeza.
Bukanlah saya nak kata dengan tiada lesen memandu itu adalah sebagai “chip coin” utk menang atau kalah, tapi asasnya, ia bukanlah asbab kepada kecuaian.
Jika ada sekalipun, ianya terlalu kecil untuk dipertimbangkan kecuali melibatkan isu kanak-kanak dan beberapa isu lain.
Lagipun, kes kemalangan ini adalah kes tuntutan sivil dan bukannya kesalahan trafik.
Pihak berwajib hendaklah membuktikan dahulu kesalahan trafik pada pertuduhan yang berasingan.
Jadi, jelaslah ketiadaan lesen memandu bukanlah asas kepada liabiliti kemalangan ya.
Jawapan No. 2:
Nak kata kalah atau tidak secara penuh, itu bukan ukurannya. Apa yang penting, Mahkamah tidak meletakkan 100% liabiliti atas kesalahan tiada lesen memandu tetapi hanyalah sekadar kesalahan trafik saja.
Sama ada kompeten atau tidak, sama ada mangsa mengetahui Kod Etika Pemanduan Jalan raya, sama ada cuai atau tidak dalam pemanduan, itu pun akan diisukan di dalam proses bicara nanti.
Sayugia di sini, jangan takut untuk ambil tindakan saman jika benar kita adalah mangsa keadaan. Jangan risau sahabat.
Saman jerr. Yang penting, insurans bayar nanti. Hikhikhik.
Sumber: Rasshidi Syed