Siakap Keli

“Kurangkan Minum Kopi Dan Teh,” Ini Punca Gigi Kuning Dan Cara Nak Cegah Untuk Gigi Putih Berseri

Mesti pernah kan setiap kali lihat cermin mesti kita tertanya-tanya kenapa gigi menjadi kuning? Tak dinafikan ramai yang tengah berfikir kan? Jujurnya kita mudah terlepas pandang kerana penguningan gigi berlaku secara perlahan-lahan.

Ya, gigi kuning menyebabkan seseorang hilang keyakinan. Jadi, hari ini SK nak kongsikan pengetahuan menarik menerusi kiriman Kementerian Kesihatan Malaysia tentang punca sebenar yang menyebabkan gigi berubah warna kuning.

Anda malu gigi anda kuning? Bagi sesetengah orang, gigi kuning menyebabkan kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai dan menjejaskan penampilan seseorang.

Punca gigi kuning mempunyai 4 faktor utama iaitu;

1. Faktor luaran

2. Faktor Umur

3. Faktor Dalaman

4. Faktor Genetik

Tapi, gigi kuning bukanlah indikasi untuk penyakit serius. Ketahui penyebab gigi kuning ini dan ambil langkah pencegahan untuk gigi putih berseri. Rawatan juga boleh dilakukan untuk memulihkan gigi kuning.

Pencegahan untuk gigi kuning

  • Kurangkan pengambilan kopi atau teh
  • Pastikan kondisi oral sentiasa bersih
  • Lakukan runtin pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
  • Berhenti merokok

Rawatan

  • Rawatan pemutihan gigi
  • Pemakaian venir atau sarung gigi
  • Memakan produk pemutih gigi di farmasi

Ingat, dapatkan rawatan di doktor gigi bertauliah.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.