Kalau dah jodoh, tak kemana. Itulah ungkapan pepatah yang sesuai ditujukan kepada sepasang bakal pengantin ini.
Siapa kita nak menidakkan kehendakNya, walaupun telah terpisah sejak tujuh tahun lalu, namun mereka diikatkan dalam satu ikatan pertunangan.
Menurut Nur Alya Saadin di laman Tiktoknya, dia menaruh harapah yang menggunung terhadap ‘crush’nya sejak 9 tahun lalu. Selama tujuh tahun terpisah tanpa khabar berita, namun mereka bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.
“Terus berdoa dalam hati, kalau tak dapat dia, dapat muka dia pun tak apa”
@nuralyasaadinnn Crush time tngah hingus hingus dulu nie . #cikmisigigi #fyp hahahah kalau masuk #fypシ baru alya cerita sampai hbis 🙈🙈
Bibit-bibit cinta bermula selepas tujuh tahun…
Nak dijadikan cerita, pada tahun kelapan mereka ditemukan di majlis kakaknya. Tak sangka kakak Alya ambil ‘crush’ jadi jurufoto untuk perkahwinan.
Mulalah bibit mereka, tak bercinta macam pasangan lain tetapi dengan ikhlas hati encik tunangnya minta untuk halalkan hubungan terus.
@nuralyasaadinnn Okay bermulahh part 2 . Heheheh semua okay tak tu ? #cikmisigigi #fypシ #fyp jngan lupa tag 🙈🙈
Menjegah ke arah komen, rata-rata netizen turut gembira dengan kisah pasangan ini yang akhirnya bakal disatukan selepas lebih tujuh tahun terpisah tanpa khabar berita.
Mencari veil nikah disini.
Sumber: Nuralyasaadin