Siakap Keli

(Video) Betulkah Ular ‘Takut’ Dengan Belerang? Eksperimen Ini Bongkar Jawapannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umumnya kita sering terdengar petua-petua yang diajarkan turun-temurun tentang pelbagai hal dalam kehidupan. Antara petua yang paling banyak diamalkan adalah berkenaan dengan kesihatan, rawatan dan pertahanan diri.

Menyentuh tentang pertahanan diri, selalu juga kita terbaca bahawa salah satu petua untuk melindungi diri daripada ancaman haiwan berbisa seperti ular adalah dengan belerang.

Persoalannya, adakah petua itu benar-benar berkesan atau sekadar diwarisi dari mulut ke mulut? Mari ikuti ‘eksperimen’ yang dijalankan dalam video di bawah ini.

@fenso8

mitos ke? #tiktokguru #kongsipengalaman #kongsiilmu #sains #fyp

♬ Epic Music(804503) – Draganov89

Jadi apa kata netizen?

Sehubungan itu, ramai warganet yang membuat kesimpulan tentang eksperimen berkenaan.

Mari ikuti pendapat mereka satu-persatu di bawah ini.

 

 

 

Jadi kesimpulannya, ular memang akan takut dengan belerang. Sebab itulah ia akan segera melarikan diri dari kawasan belerang tersebut.

Sumber: TikTok fenso8

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'