Siakap Keli

(Video) Tamat Latihan Terus “Fly” Bintulu, Mak Ayah Menangis Jumpa Sekejap Sebelum Anak ‘Posting’ Jauh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih sayang ibu bapa pada anak-anak sememangnya tidak akan pernah mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Momen yang pastinya paling bermakna bagi mereka adalah apabila anak berjaya dalam kehidupan.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi video yang tular di TikTok yang memperlihatkan detik seorang bapa yang berbangga dengan anaknya.

Video yang dimuatnaik oleh Zarathul Azriella itu menyaksikan momen menyentuh hati ketika bapanya memeluk adik lelakinya yang baru tamat menjalani latihan polis.

@zarathulazriella

Alhamdulillah selesai 6 bulan latihan. Dapat kejap je jumpa. Terus fly ke bintulu 😭😭😭

♬ You Are My Everything – Gummy

Menurut Zarathul, adiknya menjalani latihan selama enam bulan di PULAPOL Segamat, Johor dan kini baru dapat bertemu dengan ibu bapanya.

Namun, pertemuan itu hanyalah sekejap sahaja kerana selepas itu adiknya perlu posting ke Bintulu, Sarawak.

Pada awal video, adiknya dilihat memberikan tabik hormat pada bapanya dan selepas itu mereka saling berpelukan.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan dengan komen netizen yang rata-ratanya mengatakan sebak dan menangis melihat momen menyentuh hati itu.

Sumber: zarathulazriella

Sofea

There's always another side to every story