Seorang remaja perempuan di India didakwa telah diculik, dikhayalkan dengan dadah dan diperkosa oleh sekurang-kurangnya 20 orang lelaki yang berlainan dalam tempoh 8 hari selepas penculik tersebut dilaporkan mengumpannya dengan berjanji ingin membelikan beg sekolah baru buatnya, lapor The Sun.
Menurut portal itu, sebanyak 18 tangkapan telah dibuat – termasuk empat orang yang dibawah umur – sementara dua orang anggota polis digantung tugas kerana ‘kelalaian tugas’ setelah gagal bertindak dalam masa sepuluh hari laporan itu dibuat.
Gadis yang berusia 15 tahun itu didakwa telah dibawa oleh rakan dan dua pemuda lain ke bandar Jhalawar dengan kononnya bertujuan untuk membelikannya beg sekolah baru, lapor Times of India.
Remaja itu mendakwa bahawa mereka telah pergi ke sebuah taman, di mana dia dikhayalkan dengan dadah dan diperkosa oleh dua atau tiga lelaki.
Dia memberitahu pihak polis bahawa dia kemudian diperkosa oleh sekumpulan lelaki, termasuk empat orang di bawah umur, di tempat yang berlainan di sekitar bandar itu selama lapan hari pada akhir Februari.
Gadis tersebut dilaporkan telah diculik pada 15 Januari di Delhi dan ditahan selama lebih dari seminggu sebelum diselamatkan oleh ahli keluarganya.
Kini, sekurang-kurangnya 18 orang telah ditangkap berhubung dengan laporan itu.
Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa dua orang anggota polis telah digantung tugas, lapor The Sun.
Superitendan polis tempatan, Sharad Choudhary berkata: “Pegawai polis ini gagal bertindak walaupun setelah 10 hari jenayah tersebut berlaku serta gagal melindungi gadis bawah umur itu.”
Sumber: The Sun