Siakap Keli

(Video) Impian Naik Lamborghini Tercapai, Pemandu Tak Dapat Tahan Tangis Tengok Reaksi ‘Istimewa’ Lelaki Ini

Impian seorang lelaki kelainan upaya untuk menaiki sebuah kenderaan supercar iaitu Lamborghini menjadi kenyataan apabila seorang Youtuber yang bernama Andy Popescu membawanya menaiki kereta Lamborghini miliknya.

Lelaki kelainan upaya yang dikenali sebagai The Little Giant itu juga sebenarnya adalah seorang Youtuber.

Menurut Andy Popescu, “The Little Giant telah menghantar mesej kepada saya melalui Instagram yang menyatakan bahawa dia mahu membuat vlog bersama saya dalam kereta Lamborghini. Dia juga turut meminta izin untuk memasang kamera di dalam kereta supaya dia dapat membuat rakaman untuk saluran Youtube miliknya.

Andy Popescu juga turut menjelaskan bahawa video rakaman perbualan mereka di dalam kereta itu adalah tidak berdasarkan skrip dan tiada ada apa-apa pun yang diatur dalam rakaman tersebut.

Video tersebut menjadi sebak apabila Andy Popescu dengan sengaja memecut laju keretanya untuk menggembirakan lelaki tersebut.

Dan apabila lelaki itu berasa teruja dan menyatakan bahawa “Jangan takut dengan saya, saya hanya berkelakuan seperti kanak-kanak apabila saya berasa gembira,” Andy Popescu tidak dapat menahan air matanya.

Ini kerana, menerusi perbualan mereka dalam video tersebut, The Little Giant pernah memberitahu kepada Andy bahawa dia banyak kali dibuli dan dihindari kerana kekurangannya itu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Dan saluran YouTube Andy Popescu, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 1.3 juta kali.

Warganet yang menonton video berkenaan turut sebak dan memuji tindakan lelaki yang menunaikan impian lelaki kelainan upaya itu.

Berikut adalah video penuh perbualan mereka berdua:

Sumber: @CthuluSquared/Andy Popescu

Aqmal Ezany

I write what is right