Siakap Keli

(Video) Lelaki Sebak Dapat Tunaikan Hasrat Youtuber OKU Naik Lamborghini

Antara saat paling indah dalam hidup kita adalah ketika impian yang telah lama kita pendam akhirnya tercapai juga. Setiap impian itu pula, kebanyakannya mampu dicapai oleh mereka yang benar-benar ‘mampu’ untuk mencapainya.

Namun bagaimana pula bagi mereka yang kurang mampu? Apatah lagi yang tiada kudrat normal seperti mana manusia lain? Begitulah yang dirasai oleh Youtuber orang kurang upaya (OKU), Micul Gigant ini.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan di Youtube, terpapar situasi Gigant menaiki kereta Lamborghini yang dipandu oleh seorang lelaki.

Berdasarkan perbualannya bersama pemandu berkenaan, Gigant meluahkan isi hatinya bahawa salah satu impian dalam hidupnya adalah untuk menaiki kereta mewah tersebut.

Bagaimanapun ketika kereta tersebut dipandu, dalam masa sama Gigant menceritakan tentang kekurangan dirinya (OKU), pemandu tersebut menunjukkan reaksi sebak. Mungkin tersentuh mendengar luahan Gigant. Jom tonton video ini.

 

 

 

Untuk menonton video penuh, anda boleh tonton di saluran Youtube di bawah ini.

Sumber: Twitter / Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'