Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Wanita ’Terdesak’ Nak Guna Tandas Tapi Ada Ular Besar ‘Menumpang’, Terpaksa Beranikan Diri ‘Guna’ Bersama

Seorang wanita yang ingin buang air di sebuah tandas terkejut selepas menemui seekor ular di dalam tandas itu.

Louisa Caruso dari barat Sydney, dikatakan sangat terdesak untuk menggunakan tandas tersebut namun hajatnya itu terpaksa dilupakan seketika selepas melihat ular berkenaan.

Dia sempat merakamkan insiden itu dan zoom kameranya ke badan ular berkenaan untuk menunjukkan bagaimana ular tersebut melilit kayu yang terdapat di tandas itu.

“Sejujurnya kawan, sudah sudahlah,” ujar Caruso kepada ular tersebut dalam video itu.

“Saya nak guna tandas sejak dari pagi lagi. Tolong pergi.”

Dalam klip kedua, Caruso memutuskan untuk duduk sahaja di tandas itu sambil berwaspada dengan ular yang berdekatan dengannya itu.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right