Siakap Keli
Gambar via CNN

Finland Dinobatkan Sebagai Negara Paling Bahagia Di Dunia

Tahun lalu menjadi permulaan kepada sejarah dunia yang dilanda pandemik COVID-19.

Bukan sahaja mengakibatkan kematian lebih dari 2.6 juta orang di seluruh dunia, pandemik ini juga memperlihatkan berlakunya perubahan yang besar dalam kehidupan seharian bagi semua orang.

Namun di sebalik peritiwa yang dahsyat itu, Finland telah berada di kedudukan teratas dalam menjadi negara yang paling bahagia.

Menurut CNN, ia merupakan penghargaan buat negara itu untuk tahun keempat berturut-turut, ia disokong oleh data dari Gallup World Poll.

Iceland, Denmark, Switzerland dan Belanda masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Sementara itu, Amerika Syarikat naik dari tempat ke-18 kepada ke-14 dan United Kingdom pula turun dari tempat ke-13 kepada ke-18.

World Happiness Report 2021 telah disusun sedikit berbeza kali ini disebabkan oleh COVID-19.

Para penyelidik bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan temuramah secara bersemuka di sejumlah negara, mereka juga harus mengubah semuanya sepenuhnya dengan memberikan perhatian pada hubungan antara kesejahteraan dan COVID-19.

Sumber: CNN Travel

Sofea

There's always another side to every story