Siakap Keli

(Video) Kekurangan Bukan Penghalang, Akak ‘Istimewa’ Ini Buat “Fb Live” Guna Bahasa Isyarat Cari Rezeki

Semestinya, dalam kehidupan ini ada pelbagai dugaan hidup yang perlu dihadapi dan setiap dugaan itu hadir sesuai dengan kemampuan diri untuk menempuhinya.

Misalnya, ada yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ia sedikit sebanyak sudah tentu membataskan aktiviti kehidupan seharian.

Bagaiamanapun, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sesuai dengan pepatah berkenaan, kegigihan insan istimewa seperti yang viral di laman Twitter ini wajar kita kagumi, sokong dan beri perhatian.

Menurut perkongsian pemilik akaun BENJIE, seorang wanita yang tidak kekok membuat fb live menjual barang secara atas talian biarpun berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Insan hebat ini selalu membuat fb live menggunakan akaun facebook bernama Zetty Sufiyyah. Berikut adalah fb live yang dibuat olehnya dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan memuji usaha wanita ini yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk meneroka peluang bisnes.

Jika anda ada kesempatan, bolehlah menjenguk ke facebooknya seketika dan menyokong bisnes yang diusakannya.

Sumber: BENJIE, Zetty Sufiyyah

Sofea

There's always another side to every story