Siakap Keli

(Video) Sarat Hamil Lapan Bulan, Wanita Sedih Bayinya Disahkan Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak merupakan anugerah yang paling bermakna buat suami isteri, ia menjadi tanda ikatan cinta setiap pasangan.

Pun begitu, tidak semua mempunyai rezeki untuk memiliki anak pada awal perkahwinan, ada yang terpaksa menunggu selama bertahun-tahun.

Tidak cuma itu, ada juga yang terpaksa menerima hakikat kehilangan anak walaupun belum dilahirkan.

Sama seperti wanita ini yang sudah hamil lapan bulan tetapi bayinya dikatakan telah meninggal dunia.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Puan Lin di TikTok, dia berkongsi mengenai keadaannya pada ketika ini yang terpaksa menerima hakikat bahawa bayinya sudah meninggal dunia di dalam kandungan.

@ciklinnnn

Rindu awk tedng prut maa , 17/3 hari ahad ni baru awak bleh klur dri prut mana walaupon bby dh takda tapi msih ada dlm perut mama mnggal dlm prut #fyp

♬ Pergi – Aizat

Dihubungi SK, Puan Lin mengatakan bahawa bayinya disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu kerana terbelit tali pusat.

Lebih menyedihkan, ia merupakan kehamilan pertama buatnya.

Puan Lin akan dimasukkan ke hospital esok dan perlu memakan ubat untuk mengeluarkan bayi tersebut.

@ciklinnnn

Esok msuk hospital ,tuk keluarkan bBy, terima kasih krana sudi singgah dlm perut mama,mama bawak perut wlaupon awk xbrnyawa 17/3/ -21/3#fyp #fypシ

♬ Bila Tiba – UNGU

Ramai yang sedih melihat perkongsiannya dan berharap agar Puan Lin terus kuat menghadapi ujian ini.

Sumber: Ciklinnnn

Sofea

There's always another side to every story