Siakap Keli
Kredit: Google

Patutlah Sekarang Ramai Peniaga Kena “Banned” Di Facebook, Ini Polisi Fb Ramai “Seller” Terlepas Pandang

Perasan atau tidak, kadang-kadang kalau kita nak berniaga di Facebook (FB) terutamanya di dinding (wall) sendiri, ada sesetengah iklan kita ‘tidak lepas’ untuk disiarkan. Kenapa ya?

Sebab ada kes, peniaga ikan misalnya. Mereka selalu akan bersiaran secara langsung ketika waktu larut malam. Namun beberapa jam selepas itu, video siaran langsung itu sudah dipadam oleh pihak FB.

Sebenarnya, FB bukanlah ‘kejam’ sangat sampai tidak benarkan langsung kita berniaga. Tapi mereka sudah sediakan tempat khas untuk kita semua.

Macam berniaga di ibu kotalah misalnya. Kita bukan boleh suka-suka ‘pacak’ khemah di tepi-tepi jalan, tapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah sediakan tapak-tapak khas yang lebih sesuai untuk kita berniaga.

Perlu diketahui, sebarang perniagaan yang dijalankan di FB perlulah mematuhi Dasar Perdagangan (Commerce Policy) yang telah ditetapkan. Terdapat EMPAT saluran perniagaan yang disediakan FB, iaitu:-

  • Marketplace
  • Buy-and-sell groups
  • Page shops
  • Instagram shopping

Selain itu, walaupun kita sudah mengikuti dasar yang diperkenalkan, ada kalanya juga barang-barang yang kita iklankan tetap tidak dibenarkan. Mengapa masalah ini terjadi?

Antara iklan jualan & kandungan yang tidak dibenarkan di FB

FB telah menetapkan garis panduan bagi pengiklanan jualan barang mahupun perkhidmatan. Di bawah ini adalah senarai barang dan perkhidmatan yang dilaran diiklankan (dijual) di FB.

1) Bukan barang sebenar

Sebarang jualan yang bersifat bukan fizikal adalah tidak dibenarkan.

2) Servis

Sebarang servis yang dijalankan adalah tidak dibenarkan untuk diiklankan di ruangan Marketplace. Sebagai contoh, servis bersihkan rumah (home cleaning), potong rumput, urut dan sebagainya.

3) Gambar dan keterangan tidak sepadan

Gambar barang yang dimuat naik mestilah sama dengan keterangan dalam ‘copywriting’. Tidak boleh jika kita meletakkan gambar kerusi roda dewasa tetapi keterangan iklan ialah tentang kerusi kanak-kanak.

4) Haiwan

Iklan jualan haiwan adalah antara yang dilarang keras sama sekali, sama ada di Marketplace mahupun buy-and-sale groups. Tidak hanya jualan haiwan, malah hebahan untuk mengambil haiwan terbiar (contoh: anak kucing jalanan for adopt) pun tidak dibenarkan.

5) Penjagaan kesihatan

Mungkin ramai yang ‘terlepas pandang’ polisi ini. Perlu diketahui, barangan penjagaan kesihatan seperti ‘first-aid kits’, termometer mahupun topeng pelitup muka juga tidak dibenarkan.

6) Gambar sebelum & selepas

Selalunya iklan yang mempunyai gambar sebelum dan selepas ini adalah melibatkan produk kesihatan, iaitu perbezaan ketika sewaktu gemuk dan kurus.

Sekiranya kita mendapati iklan jualan di Marketplace dibatalkan kerana didakwa melanggar Polisi Perdagangan, kita boleh membuat laporan di bahagian ‘Request Review’.

Pihak pengurusan akan memeriksa semula kandungan anda dan memberi maklum balas dalam tempoh seminggu melalui ‘Support Inbox’ atau emel yang digunakan untuk akaun FB kita.

Jika permohonan sudah berjaya, kita perlulah ‘refresh’ semula pautan FB dan iklan akan dipaparkan di skrin. Selamat mencuba.

Sumber: Help Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'