Siakap Keli
Kredit: Google

KKM Saran Tambah Garam Dalam Masakan Selepas Api Dapur Ditutup, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Biasanya sewaktu memasak, kita akan menabur garam ke dalam masakan dalam kadar secukupnya ketika sedang menumis kan?

Ada juga yang gemar meletakkan garam ketika di penghujung masakan, iaitu setelah juadah tersebut siap dimasak.

Persoalannya, waktu bilakah yang sesuai untuk kita memasukkan garam tersebut? Ketika baru menumis, lauk sedang panas menggelegak ataupun selepas api dimatikan?

Mari ikuti perkongsian oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebook Nutritionist KKM ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Waktu bilakah garam perlu diletak?

Anda biasa letak garam ketika memasak?

Garam disaran untuk diletakkan sejurus SELEPAS api masakan ditutup bagi menghalang iodin dalam garam daripada meruap disebabkan suhu yang tinggi.

Ia juga salah satu tip untuk mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan semasa memasak.

Jangan terkejut rupanya hanya dengan SEDIKIT garam sahaja boleh memberi ‘rasa’ kepada masakan anda.

Jom cuba dulu baru tahu.

Infografik: Nutritionist KKM

Soal jawab bersama netizen

Sementara itu, ramai netizen yang mungkin baru tahu tentang info ini meninggalkan soalan-soalan mereka di ruangan komen untuk dijawab oleh Nutritionist KKM.

Mari kita lihat satu-persatu soalan dan jawapan di bawah ini. Mana tahu membantu anda?

Betul ke dalam garam ada iodin?

Bagaimana pula garam yang digunakan untuk perapan?

Garam bukit ada iodin ke?

Sumber: Nutritionist KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.