Siakap Keli
Gambar tular di media sosial.

Viral Foto Penunggang Basikal Naik Pintasan Saloma, Didakwa Tak Patuh Arahan & Tunggang Di Celah Orang Ramai

Baru-baru ini tular beberapa keping foto di media sosial memaparkan aksi penunggang basikal yang melalui laluan Pintasan Saloma di Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Apa yang menimbulkan isu adalah penunggang tersebut didakwa tidak mematuhi peraturan sedia ada yang telah pun ditetapkan di pintasan tersebut.

Berdasarkan arahan, sekiranya mana-mana penunggang basikal mahu melalui pintasan itu, mereka hanya dibenarkan untuk menuntun basikal tersebut sahaja dan bukan menunggangnya.

Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika dilihat foto-foto ini, segelintir mereka tidak mengendahkan arahan tersebut, malah ‘berani’ menunggangnya di celah-celah orang ramai dan ini sememangnya membahayakan keselamatan pengunjung lain.

Sehubungan itu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu selaku ‘tuan tanah’ kawasan tersebut memberi nasihat berbentuk peringatan dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Gambar tular di media sosial.

“Perkara sebegini adalah tidak wajar sama sekali. Jambatan ini direka khas dan diberi keutamaan kepada pejalan kaki. Jadi penunggang basikal, perlu memikirkan daripada aspek keselamatan kepada pengguna yang lain.

“Tiada masalah pun untuk menolak basikal itu di jambatan tersebut. Bahkan boleh menikmati keindahan Pintasan Saloma sambil menolaknya. Poster pun sudah terpampang siap di Pintasan Saloma mengatakan ‘Dilarang menunggang basikal’. Saling bertolak ansur itu kan indah,” maklum kenyataan tersebut.

Gambar tular di media sosial.

 

Foto-foto yang dikongsikan tersebut turut mendapat pelbagai maklum balas daripada orang awam. Rata-rata mereka meninggalkan pandangan sendiri di ruangan komentar seperti di bawah:-

“Tindakan tegas kena buat..”

“Bab common sense ni memang takda diajar di sekolah, tapi kena tahu..”

Gambar tular di media sosial.

Sumber: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.