Jambangan bunga duit kini telah menjadi trend untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Siapa sahaja yang tidak gembira jika menerima hadiah jambangan bunga duit dengan jumlah yang banyak. Ada kalanya mencecah ribuan ringgit!
Seperti perkongsian di Facebook oleh seorang gadis bertuah yang menerima hadiah serupa di mana jambangan bunga duit yang diterima dari yang tersayang adalah berupa gubahan not RM100 berbentuk kelopak bunga mawar.
Namun, apabila gubahan wang dibuka, ianya tidak seindah yang dilihat kerana setiap kepingan wang berada dalam keadaan renyuk yang teruk. Malah lebih memburukkan keadaan, ada di antaranya yang terkoyak kerana dilekatkan gam.
Gadis berkenaan yang menggunakan akaun dengan nama Jovion Ng turut meminta panggubah bunga untuk tidak melekatkan gam pada wang kertas.
Dia juga memberikan nasihat kepada mereka yang berniat untuk memberikan hadiah sebegini agar melupakan hasrat tersebut dan sebaiknya memberikan wang secara terus.
”Jika ada yang mempunyai gubahan seperti ini, tolong keluarkan wang secepat mungkin. Saya tak sengaja melihat satu ‘post’ memberitahu jika jambangan bunga duit diletakkan dalam keadaan seperti ini, wang di dalamnya boleh rosak.
”Saya membuka jambangan duit kertas dengan berhati-hati tetapi kesal apabila melihat duit kertas dilekat dengan gam yang terlalu banyak. Sekiranya disimpan lebih lama, mungkin lagi sukar anda nak keluarkannya.
”Bagi penggubah bunga, mungkin boleh gunakan cara lain dari gunakan gam panas untuk membuat gubahan duit kertas.
”Nasihat peribadi saya, kalau nak berikan hadiah wang buat tersayang lebih baik bagi wang secara terus. Kalau nak bagi bunga, bagi bunga sahaja,” tulisnya.
Setakat ini, perkongsian yang dimuat naik beberapa jam yang lalu itu telah mendapat 1.7 ribu tada suka dan dikongsi oleh 9.2 ribu warganet dengan 2.8 ribu komen.
Smber: Jovion Ng