Siakap Keli
Kredit: Google

Lelaki Dilapor Curi Kereta Sebelum Kereta Tersebut Cuba ‘Dilarikan’ Pencuri Lain Ketika Tolong Tukar Tayar

Setiap perbuatan buruk akan mendapat balasannya. Di Amerika Syarikat, seorang perompak kereta cuba dirompak oleh seorang individu lain ketika cuba membantu individu berkenaan menukar tayar kenderaan di tepi jalan, lapor India Times.

Menurut India Times, suspek bersama rakannya sedang menaiki kereta jenis Toyota RAV4 yang dicuri sebelum terlihat seorang remaja sedang berusaha menukar tayar sebuah Mitsubishi Lancer di bahu sebuah jalan di Layhill Road pada 10 Mac lalu. Melihat keadaan itu, mereka berdua kemudiannya berhenti dan menawarkan pertolongan kepada remaja berkenaan.

Bagaimanapun, ketika mereka sedang menukar tayar pancit itu, remaja berusia 19 tahun itu secara tiba-tiba memasuki kenderaan curi mereka dan menukar kepada gear undur, dipercayai dalam usaha melarikan kereta tersebut.

Namun, usahanya gagal apabila kenderaan itu terlanggar penghadang di tepi jalan, membolehkan suspek pertama menahan remaja berkenaan, lapor India Times.

Tambah portal itu, suspek dan remaja berkenaan kedua-duanya merupakan individu dikehendaki polis atas kesalahan mencuri kereta. Remaja tersebut dikatakan telah mencuri kenderaan jenis Mitsubishi Lancer tersebut di Prince George’s County.

Kedua-dua mereka mempunyai waran tangkap aktif masing-masing dari Worcester County, Maryland dan DC dan telahpun ditahan pihak polis untuk siasatan.

Suspek pertama telah dibebaskan dengan jaminan $5,000 manakala remaja tersebut dibebaskan dengan jaminan $3,000.

Sumber: India Times

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.