Siakap Keli

(Video) Gigih Balut Dan Usung Tong Gas Demi Hadiah Perkahwinan ‘Member’, Siap Kad Ucapan

Apabila mengadakan majlis perkahwinan, sudah menjadi kebiasaan pengantin akan menerima hadiah kahwin daripada tetamu yang hadir terutamanya rakan-rakan.

Antara barangan yang selalu menjadi pilihan seperti perkakasan eletrik mahupun set barangan dapur berupa pinggan mangkuk dan periuk.

Balut tong gas dalam kotak

Namun, menerusi sebuah video yang tular di TikTok sejak semalam, sekumpulan lelaki telah memberikan hadiah kahwin ‘rare’ berupa tong gas ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Malah, sebagai kejutan, tong gas tersebut diletakkan di dalam kotak dan dibalut dengan kemas beserta reben dan ucapan.

Dapat dilihat ketika majlis berlangung, dua daripada lelaki gigih mengusung tong gas yang dibawa keluar dari bonet kereta sebelum diserahkan kepada pengantin yang berada di atas pelamin.

Gigih usung ke majlis kahwin

Setakat ini, video yang dimuat naik oleh akaun amirulyaacob_ itu telah mendapat 1.1 juta tontonan oleh warganet yang terhibur dan memuji usaha dan kesungguhan kesemua lelaki tersebut untuk memberikan kejutan kepada rakan mereka.

@amirulyaacob_

Fyp gak ni? Kita laki maaa kita beli beras!😂🤣 #wedding #paket #ashiap #fypシ #fypgakni

♬ original sound – Masbro! – Masbro!

Rata-rata warganet menyifatkan hadiah berupa tong gas merupakan idea yang bernas kerana sangat berguna untuk pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Sumpah ‘crack’ dapat geng macam ni

Hadiah yang sangat berguna untuk pasangan baru kahwin

Tong gas mahal, jimat duit

Sumber: TikTok amirulyaacob_

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.