Siakap Keli

(Video) Niat Nak Jadi Menantu Idaman Kemas Dapur Jam 2 Pagi, Sekali Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Mentua

Hari-hari awal tinggal di rumah mentua pastinya membuatkan seseorang menantu berdebar dan berhati-hati dalam setiap tindakan mereka. Bukan apa, jika tersilap langkah, risau akan menimbulkan rasa tidak enak sekaligus mengeruhkan hubungan kekeluargaan yang baru sahaja dibina.

Sudah menjadi sebahagian tanggungjawab menantu untuk sama-sama menjaga hal-hal rumahtangga seperti mengemas dan membersihkan rumah mentua seperti rumah ibu bapa sendiri.

Inilah yang dilakukan oleh seorang wanita dari negara seberang yang cuba menjadi menantu idaman dengan membersihkan dapur mentuanya pada jam 2 pagi. Malangnya, niat menjadi menantu idaman bertukar ‘tragedi’ apabila kabinet dapur yang menempatkan pinggan mangkuk mentuanya runtuh, menyebabkan pinggan berselerakan di lantai.

Video dikongsikan Bandar Masker di TikTok itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan dan 73 ribu tanda suka. Ramai warga maya yang meluahkan rasa risau mereka dan tertanya-tanya reaksi mentua wanita berkenaan.

Kongsi wanita itu, dia ingin memindahkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh ke dalam kabinet sebelum secara tiba-tiba binaan itu runtuh. Kejadian itu membuatkan pinggan mangkuk pecah bertaburan selain menyebabkan meja makan kaca mentuanya menjadi sumbing.

@bandarmasker

Kesalahan yg sangat bodoh. #RejekiWOW #PUBGMB3AT #menantu #mertua #menantudanmertua #pasutri #nikahmuda #fypyuk #pastifyp #bantufyp🥺 #ohnoo

♬ Oh No – Kreepa

@bandarmasker

Balas @hhhhhh3263 #RejekiWOW #PUBGMB3AT #bantufyp🥺 #mertua #menantudanmertua #pasutri #pastifyp #fypdongggggg #berandafyp2#voiceeffects

♬ original sound – BandarMasker – BandarMasker

Warga maya rata-ratanya menzahirkan pelbagai respon termasuk mengusik wanita tersebut, kononnya terus dipecat dari menjadi menantu.

Auto dipecat jadi menantu

Pecahkan satu gelas pun emak dah marah

Dimarahi mentua tak?

Bagaimanapun, kongsi wanita tersebut, ibu mentua dan suaminya tidak marah berikutan kejadian tersebut.

Sumber: Bandar Masker

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Amira

Love yourself.