Siakap Keli
Gambar Awam via Bernama TV

(Video) TERKINI: Struktur Kren Launcher Jatuh Hempap Kereta, Dua Pekerja Dilapor Maut

Struktur sebuah kren launcher berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur dilaporkan telah jatuh.

Kejadian itu dilaporkan melalui laman Twitter Bernama TV sebentar tadi

Kren Launcher pembinaan lebuh raya itu dilaporkan telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan daripada Bomba, seramai 4 mangsa telah terlibat dalam kejadian tersebut.

“Seorang mangsa warganegara Malaysia iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta beliau telah terhempap besi kren launcher.

“Manakala 3 orang mangsa lagi adalah merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai 2 orang mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi mangsa telah tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba”, tulis kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right