Bila ada sticker ni, kerja lebih mudah dan kemas. Tambah-tambah lagi untuk dijadikan label atau pelekat nama untuk buku anak-anak sekolah kan? Tidak dinafikan, ramai yang memikirkan tentang kos upah dan agak sukar untuk sediakan sticker itu dengan sendiri.
Tetapi selepas korang tengok tips di bawah, mesti korang akan suka dan ikut cara mudah wanita ini. Bukan dapur je nampak kemas, buku anak-anak pun kemas dan teratur.
SK nak kongsikan kat korang tips untuk buat sticker dengan cara yang mudah dan ikut citarasa kita sendiri. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ezzaty Liyana menerusi laman Facebooknya.
Malam ni saje lah nak share something yang rasanya tak ramai tahu rupanye easy peasy je nak buat CUSTOM STICKER LABEL ni. EL tunjukkan step by step ya.
Senang sangat rupanye nak buat sticker ni. Boleh tampal kat buku sekolah atau alat tulis anak-anak.
DIY sendiri bermodalkan RM2.10 je semestinya barang dari Eco Shop.
p/s : Sorry kalau ada gambar yang blur sebab direct ss from screen. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bermodalkan RM2.10 ~ sepeket ada 15 sheets. 15 x 55 pcs sticker per sheet dapat dalam 800+ pcs. Banyak ui. Jom EL tunjuk step by step.
1. Open Microsoft Word.
2. Klik “MAILING” dan “LABELS”.
3. Kemudian, klik “OPTIONS”.
4. Pilih “NEW LABEL”.
5. Namakan template sticker korang. El remark 4141**** tu actually barcode sticker tu. So, lepas ni senang beli je barcode yang sama.
6. Tukar page size to “CUSTOM”.
7. Page width dan page height tu ukuran kertas sticker korang. Make sure ukur dengan pembaris.
Ukuran dari hujung kertas ke hujung kertas.
8. Kira bacaan top margin dan side margin. Kalau boleh, jangan bundarkan. Biar je 0.25cm camtu. Jangan bundar kepada 0.3cm. Margin akan lari nanti.
Cara ukur top and side margin boleh refer kat gambar dan arrow.
9. Masukkan label height and width. Ukuran label ni adalah ukuran sticker korang.
Tengok dalam kotak putih tu dan refer anak panah cara untuk ukur.
Vert ~ ukuran dari mula sticker atas hingga mula sticker bawah.
Hor ~ ukuran dari mula sticker kiri hingga mula sticker kanan.
Rujuk anak panah untuk lebih jelas.
11. Number across dan down ni paling penting supaya jarak sticker korang tak lari. Kena kira betul-betul.
Num across ~ jumlah sticker dr kiri ke kanan
Num down ~ jumlah sticker dr atas ke bawah
12. Lepas dah siap masukkan ukuran, klik OK.
13. Ruangan address tu, taip apa yang korang nak print kat sticker tu.
14. Kalau nak tukar tulisan atau size, right click je.
15. Pastikan korang pilih “FULL PAGE…”
16. Print.
Oppss! Sebelum print dekat kertas sticker. Korang print dulu atas kertas biasa. Potong ikut ukuran sama dgn kertas sticker. Lepas tu tekap kertas tu atas kertas sticker dan check semua tulisan masuk dalam kotak ke tak. Kalau semua cun, korang boleh proceed print atas kertas sticker.
Selamat mencuba kawan-kawan.
Sumber: Ezzaty LIyana