Siakap Keli

Anak Asyik Menangis, Wanita Dakwa Ada ‘Benda’ Ganggu Anaknya Dalam Bilik Yang Penuh Anak Patung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah orang mesti pernah mengalami perkara-perkara mistik yang sukar digambarkan dengan lisan bukan? Ada pernah tetiba rasa seran sejuk. Tambah-tambah lagi bila tinggal seorang di rumah dengan anak-anak kan.

Seperti pengalaman misteri seorang pengguna Facebook ini, dia menceritakan gangguan anak kecil di rumah akibat daripada mainan anak patung.

Perkongsian menarik dengan penuh misteri ini dikongsikan oleh Norizwan Azlan menerusi laman Facebooknya.

Hari ini aku nak kongsikan satu kisah seram yang dialami oleh seorang pengirim yang mana kisah seram ini berpunca daripada patung-patung permainan yang ada di dalam rumahnya.

Macam biasa, anggap sajalah cerita ini sekadar untuk hiburan dan jangan mudah percaya dan jangan jadi taksub. Ok. Jom kita mulakan.

Kejadian ini berlaku semasa saya baru melahirkan anak yang pertama. Anak saya yang pertama ni asyik menangis saja. Siang ke, malam ke, dia sentiasa menangis.

Saya pun tak tahu kenapa. Dah macam macam cara saya buat supaya anak saya ni tak kerap menangis tapi, dia tetap menangis.

Sehinggalah satu masa, saya dapat rasakan yang anak saya ni menangis sebab ada kaitan dengan patung patung mainan yang ada di dalam rumah saya. Patung patung ni adalah patung mainan yang saya kumpul sejak zaman saya anak dara lagi.

Kemudian, suami saya kumpul balik patung patung tu dan dijadikan hiasan. Suami saya susun patung patung tu di atas bidai langsir. Masa tu juga saya perasan, anak saya mula menangis sejak suami letak patung patung tu.

Tapi, saya susah nak membuktikan bahawa apa yang berlaku pada anak saya tu ada kaitan dengan patung patung tu. Sampailah satu masa, ada sorang kawan saya ni ziarah saya.

Kawan saya ni, dia boleh nampak makhluk makhluk halus. Itu adalah satu kemampuan yang ada padanya. Saya ceritalah pada kawan saya ni yang anak saya selalu menangis. Saya kata padanya, mungkin anak saya menangis ni ada kaitan dengan patung patung yang suami saya susun atas bidai langsir di dalam bilik.

Jadi, bila kawan saya masuk ke dalam rumah ni, saya tanyalah pada dia, “Kau ada nampak apa apa tak?”

Masa kat ruang tamu tu, kawan saya kata dia tak nampak apa apa. Lepas tu dia kata, dia nak tengok bilik yang ada patung patung mainan tu. Saya pun bawalah dia ke bilik saya.

Bila saya buka pintu bilik dan masa tu kawan saya pun jenguk kepala ke dalam untuk melihat. Tapi tak sampai beberapa saat, dia cepat cepat keluar. Kemudian, saya nampak muka dia berubah. Dia juga tiba tiba picit picit jari dia. Dia macam gelisah.

Saya tahu, bila dia picit picit jari tu, itu maknanya dia memang nampak sesuatu dan dia takut. Saya pun tanyalah, “Kau nampak ke?” Kawan saya mengangguk.

“Kat mana?” Tanya saya lagi.

“Kat dinding. Atas air cond,” kata kawan saya.

Terus meremang bulu roma saya. Ternyata, apa yang saya sangkakan adalah betul. Memang ada benda yang telah menakutkan anak saya sehingga dia menangis. Yelah, kan orang kata, budak kecil memang boleh nampak makhluk halus ni.

Walaupun dalam ketakutan, saya tetap tanya pada kawan saya macam mana rupanya. Kawan saya kata, benda tu melekat kat dinding dan matanya bulat, besar dan berwarna merah.

Jadi, disebabkan cerita kawan saya tu, pada minggu itu juga saya menjemput ahli keluarga untuk membaca yassin di rumah saya. Sejak hari itu, anak saya pun tak menangis dah.

Patung patung mainan pun saya dah bagi kepada kanak kanak untuk mereka bermain, tapi ada satu patung yang ada tanduk macam syaitan, mak saya dah bakar.

Pada masa ini juga saya teringat tentang satu jin bernama Ummu Sibyan yang suka mengganggu bayi. Ummu Sibyan ini rupanya dikatakan seperti cicak dengan mata merah yang besar, sebab itulah kawan saya boleh nampak dia melekat dan merangkak seperti cicak di dinding.

Jadi, kepada yang ada patung-patung permainan di rumah tu, hati-hatilah ye, takut-takut ada ‘benda’ yang nak tumpang main juga.

 

Sumber: Norizwan Azlan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.