Siakap Keli
Foto: Mizah Ngatiman

“Cincin Daun Kari, Kaduk, Daun Ketum Pun Ada,” Ini Jenis-Jenis Cincin Emas, Jadi ‘Kegilaan’ Wanita Kini

Selain membeli tanah dan rumah, emas juga boleh dijadikan sebagai pelaburan masa akan datang. Ya, sebab itulah tak kira orang dewasa atau muda mereka akan membeli emas walaupun dengan harga yang rendah.

Sedar tak sedar, sekarang macam-macam corak yang direka untuk rantai tangan dan cincin. Tidak dinafikan, baru-baru ini tular tentang corak daun ketum yang menjadi kegilaan ramai. Walaupun begitu, harganya lebih mahal daripada corak biasa.

Jadi, menerusi kiriman daripada Mizah Ngatiman di laman Facebooknya berkongsi banyak lagi corak yang menjadi idaman para wanita di luar sana.

Bijak-bijak engineer emas ni.. Habis daun deme jadikan inspirasi. Mula ketum dah viral, terbaru daun ganja sekarang daun kari, daun semalu, daun kaduk, daun pokok kelapa sawit pun ada!

Adakah lepas ni ada kacang botor, daun tenggek burung, daun petai.. Mungkin jering juga.

Dop dae nok hambat ore klate kata..dae cuci mata dulu pagi-pagi ni. Masuk wishlist.. Mana tahu rezeki. Usaha dulu, kerja keras dulu, ada matlamat, ada target. Jangan tahu berangan sahaja.

Jadi, yang mana jadi pilihan hati korang? Sebelum memilih tu buatlah pemilihan yang bijak ye.

Sumber: Mizah Ngatiman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.