Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berbangsa India yang dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan PDRM, kanak-kanak hilang, Kelvin dilihat kali terakhir memakai pakaian berwarna biru muda dan seluar pendek berwarna hitam. Kanak-kanak dengan ketinggian sekitar 150cm dan berat 35 kg itu dilaporkan hilang di hadapan Rumah Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting, Jalan 13A, Kampung Baru Salak Selatan, Cheras, Kuala Lumpur.
Individu yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Sjn Mohd Ridzuan Bin Yamin di talian 018-350 5950 atau IPD Cheras di talian 03-9145 2222.
NUR ALERT: HEBAHAN KANAK-KANAK HILANGMohon bantuan untuk kongsikan posting ini. Bantu kami kesan adik Kelvin.#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#NurAlert
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, March 23, 2021
Sumber: PDRM