Kes penemuan ular di dalam mangkuk tandas pastinya menjadi mimpi ngeri individu yang pernah mengalaminya. Bayangkan dalam keadaan kelam kabut ingin melangsaikan hajat di tandas, tiba-tiba ada pula kepala yang dikenali menjengah dari lubang. Lagi-lagi jika ia spesies ular berbisa ataupun ular besar yang pastinya berbahaya. Terbatal niat dibuatnya.
Menerusi laman Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, pihak mereka telah menerima aduan ‘kemunculan’ seekor ular sawa berukuran 12 kaki (anggaran 3.65 meter) di dalam sebuah mangkuk tandas dipercayai di Iskandar Puteri.
Dalam gambar dikongsikan, kelihatan haiwan itu melingkar di dalam mangkuk tandas di mana sebahagian lagi badannya berada di dalam paip kumbahan, memaksa pihak bomba memecahkan paip tersebut bagi mengeluarkan reptilia berkenaan.



Ular Sawa Di Dalam Mangkuk TandasSetibanya Pasukan di tempat kejadian didapati terdapat seekor ular Sawa berukuran 12 kaki berada di mangkuk tandas rumah pemanggil.Kredit BBP ISKANDAR PUTERI
Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Monday, March 22, 2021
Rata-rata netizen meluahkan rasa gusar melihat kejadian berkenaan.
Seram dibuatnya
Sawa tetap bahaya
Ular sawa biasa masuk melalui saluran paip yang terbuka
Sumber: JBPM Johor via Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia