Siakap Keli
Gambar: @anthraxxxx

(Video) Aksi Penghantar Makanan Di Trek ‘Motorcross’ Jadi Perhatian, Hampir Nak ‘Terciduk’ Masa Ambil ‘Corner’ Jadi Bualan

Satu video yang memaparkan seorang rider dipercayai penghantar makanan yang menunggang motosikal di dalam trek ‘motorcross’ telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut bermula dengan penghantar makanan berkenaan tampak seakan turut serta dalam perlumbaan ‘motorcross’ yang diadakan itu.

Mungkin dia menyedari bahawa motosikalnya itu tidak sesuai untuk melalui tanjakan tersebut, dia dengan pantasnya telah memutuskan untuk melalui jalan pintas yang ada di sebelah tanjakan tersebut di saat-saat akhir.

Namun setibanya dia di selekoh selepas tanjakan itu, dia dilihat hampir-hampir sahaja ‘terciduk’ ketika hendak membelok di selekoh tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada penghantar makanan itu ‘memenangi’ perlumbaan tersebut atau pun tidak.

Pun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 190 ribu kali oleh warganet.

Ramai warganet yang menonton video itu terhibur dan menyatakan bahawa terdapat pelumba yang membuat pesanan makanan dan disebabkan itulah penghantar makanan tersebut terpaksa masuk dan mengejarnya di dalam trek berkenaan.

Ada juga warganet yang turut menyedari bahawa penghantar makanan tersebut hampir saja ‘terciduk’ ketika hendak membelok di selekoh trek berkenaan.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right