Bagi yang mempunyai alat penyaman udara atau bahasa mudahnya ‘aircond’ di rumah, mesti pernah berhadapan dengan masalah panas kan?
Biasanya orang cakap, aircond dah tak sejuk ni sebab gas dah habis. Betul ke dakwaan tu? Adakah gas semata-mata punca aircond kita macam ‘tiada function’ sampai berpeluh-peluh malam hari kita?
Rupa-rupanya ada lapan punca yang mungkin ramai tak perasan. Jom baca satu persatu punca di bawah ini.
Ketahui 8 sebab kenapa aircond dah tak sejuk
1. Penapis udara tersumbat
Penapis udara (air filter) berfungsi untuk memerangkap zarah-zarah udara yang bergerak melalui saluran air sebelum ia merosakkan aircond. Penapis atau filter ini boleh tersumbat, aliran udara pun tersekat kalau tak ditukar setelah lama digunakan. Jika berlaku macam tu, evaporator coil akan ‘membeku’ dan tidak dapat menyejukkan lagi.
2. Condenser coils kotor
Gegelung kondensor atau condensor coil mungkin kotor dan penuh dengan habuk. Penting untuk kita cuci condensor selalu supaya dapat hilangkan haba di luarnya. Kalau condensor dah kotor, aircond takkan mampu menyejukkan bilik lagi.
3. Compressor rosak
Compressor udara berfungsi membawakan bahan penyejuk antara unit luar dan dalam. Unit dalam tidak mampu mengeluarkan udara sejuk jika compressor mula tidak berfungsi. Oleh itu, compressor yang rosak perlu terus diganti.
4. Thermostat rosak
Thermostat membantu mengesan perubahan suhu. Thermostat yang rosak boleh menjadi salah satu sebab utama kenapa ruang rumah anda tidak sejuk lagi. Kena selalu diperiksa dari semasa ke semasa agar sentiasa berfungsi dengan elok.
5. Guna aircond kecil untuk ruang luas
Kena faham, penggunaan horse power (Hp) aircond adalah bergantung kepada keluasan ruang. Kalau kecil ruang bilik, maka kecillah Hp aircond yang digunakan. Biasanya bagi sebuah bilik tidur bersaiz medium (standard), aircond berkapasiti 1.0 Hp pun sudah memadai, manakala bagi ruang tamu atau yang lebih luas pula bermula 1.5 Hp.
Tiada gunanya menggunakan aircond Hp kecil untuk ruang yang luas. Sama juga kalau guna aircond Hp tinggi tapi ruang bilik kecil, sebab ia akan mengalami ‘over cooling‘, malah bil elektrik anda pun ‘confirm‘ melambung tinggi punya. Dapatkan nasihat dulu daripada sale advisor sebelum membeli aircond.
6. Penyejuk bocor
Bahan penyejuk atau refrigerant bocor juga boleh jadi punca aircond anda tidak mampu menyejukkan lagi. Difahamkan kalau berlaku kebocoran, akan keluar tanda amaran, mungkin di aircond sendiri.
7. Evaporator kotor
Penyejat atau evaporator adalah komponen utama dalam aircond. Ianya bagi memastikan bahawa alat penyejuk tersebut dapat berfungsi dengan baik dan ruang rumah sejuk sempurna. Perlu difahami, aircond tidak akan dapat berfungsi dengan baik tanpa evaporator yang bersih. Jadi kenalah periksa selalu. Anda boleh bersihkannya secara berkala selama enam bulan hingga setahun sekali, mengikut keadaan semasa.
8. Condenser tersekat
Condensor berfungsi ‘menyediakan’ udara dingin dalam bilik. Masalah mula berlaku kalau bahagian ini tersumbat. Kalau komponen ini dah agak berhabuk dan kotor, udara sejuk tidak akan dapat masuk ke ruang bilik. Malah ianya akan mengurangkan kecekapannya (untuk berfungsi). Bagi mengelakkan masalah berlaku, bersihkanlah condensor sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Sumber: Oasis Aircon