Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 13 buah negeri di seluruh Malaysia sebentar tadi.
Menurut kemaskini MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku sehingga 6 petang ini di seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim) dan Pulau Pinang di kawasan Barat Daya serta Timur Laut Pulau Pinang.
Sementara itu, amaran ribut petir dijangka berlaku sehingga 4 petang di lokasi berikut:
Kelantan: Gua Musang
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera
Selangor: Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Seluruh Negeri Sembilan
Seluruh Melaka
Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru
Sarawak: Kuching, Miri dan Limbang
Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia
Posted by Malaysian Meteorological Department on Wednesday, March 24, 2021
Sumber: MetMalaysia