Siakap Keli
Gambar: Bernama/ Air Selangor

Gangguan Bekalan Air Berjadual Pada 30 Mac Dan 6 April, Ini Senarai Kawasan Terjejas Di Selangor Dan KL

Semalam Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan tentang kerja-kerja penyelenggaraan aset utama Air Selangor secara berjadual bagi tahun ini.

Difahamkan, terdapat dua kerja penyelenggaran yang bakal dilakukan, iaitu pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam selama 48 jam dan penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates selama 68 jam.

Sehubungan itu, beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang ini dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air. Berikut adalah senarai kawasan terjejas mengikut projek.

1) Senarai kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam

Tempoh masa: 30 Mac 2021, 9 pagi sehingga 1 April 2021, 9 pagi (48 jam).

2) Senarai kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates

Tempoh masa: 6 April 2021, 9 pagi sehingga 9 April 2021, 5 pagi (68 jam)

Sumber: Air Selangor

Adnin Razak

Menulis untuk mendidik.

Editor: syafiq halim
" "