Setiap kali tiba hari ulangtahun kelahiran mesti kita dah beriya-iya memilih tempat untuk menyambut bersama keluarga dan rakan-rakan dalam satu majlis kan? Ya, tidak dinafikan kebanyakan orang akan lakukan benda yang sama.
Tidak pula buat jejaka ini apabila dia memilih cara yang unik dan berbeza untuk sambutan hari jadinya pada tahun ini.
Najib Towy memilih untuk mengutip sampah sebagai sambutan hari kelahirannya kerana untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan alam sekitar. Moga niat murni lelaki ini menjadi teladan dan membawa manfaat kepada orang ramai.
Untuk ulang tahun kelahiran kali ini, aku manfaatkan dengan sedikit kelainan dengan memberikan khidmat komuniti yang tidak seberapa.
Aktiviti pungut sampah di kawasan Tasik Utara SCV (Selangor Cyber Valley), Cyberjaya.
Kawasan Tasik Utara SCV ini best untuk santai-santai waktu petang, memancing, berkelah dan beriadah, (layan sunset pun best jugak).
Tapi mungkin disebabkan kurang pemantauan (atau mungkin Tasik ini sebenarnya tidak di-buka untuk orang awam ?), banyak sampah dikawasan sekitar yang terbiar. (untuk pengetahuan Cyberjaya ada 2 lagi tasik untuk kunjungan orang awam – Taman Tasik Cyberjaya & Cyberjaya LakeSide).
Tidak menyalahkan sesiapa, selain pemantauan dari pihak berkuasa, tanggungjawab menjaga kebersihan ini selain dituntut oleh agama, juga adalah didikan yang bermula dari rumah.
Ada juga ternampak pengunjung ke tasik ini pagi tadi yang datang membawa bakul sampah. Bagus, akan tetapi jangan ditinggakan bakul sampah disitu, sebab burung gagak / bangau / biawak / anjing akan selongkar dan sampah akan berterabur semula.
Berkesempatan membersihkan 1 bahagian sahaja…
Pagi ini aku cuma berkesempatan membersihkan 1 bahagian / kawasan tasik ini (luas ya kawan-kawan, patah pinggang kalau aku kutip keliling tasik ni), waktu pagi ni juga bagus untuk kutip sampah-sampah yang tidak boleh dikitar semula memandangkan sekarang asal petang hujan, sampah dari dalam tasik pun naik ke tepian , senang untuk dikutip , air pun kelihatan keruh, mungkin disebabkan lumpur yang naik.
Puas hati untuk hari ini, mungkin lepas ni boleh aku jadikan satu aktiviti bulanan atau mingguan. Bila kutip sampah ni, banyak lah benda-benda pelik yang kita jumpa, kencing dalam botol , sabun mandi bayi , lampin bayi, bekas pomade, payung dan paling teruk, polisterine.
Jagalah alam sekitar kita , jangan buang sampah merata-rata, kalau nak keluar berkelah tu cuba biasakan bawak plastik sampah dan buang sampah di plastik sendiri dan bawak balik / buang di tempat pelupusan sampah.
Ok, itu sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membawa kesedaran kepada kita semua akan pentingnya menjaga alam sekitar , terutama kawasan yang kita selalu pegi untuk beriadah.
Sebelum itu, terima kasih ahli keluarga , sahabat / kawan-kawan yang awal pagi sudah wish. Kalau kamu ada disini , sudah aku bawa kamu pegi kutip sampah awal pagi tadi.
Akhir kata, bait bait Mr General “Nah, tidak teruja, mungkin sudah tua, tiada lagi show, kemudian after party, tiada lagi party, kemudian hotel lobi, Yang lain masih berpesta, Biarkan saja mereka, mereka masih muda…”
P/s : Tiada niat untuk meriak apa hari ini, sekadar berkongsi cerita untuk manfaat dan kesedaran bersama.
Selamat Hari Lahir untuk Jiwa dan Raga Mohammad Najib Towy. Semoga aku akan terus sukses , dikurniakan kesihatan dan dapat berbakti untuk masyarakat. Ini hadiah hari jadi aku untuk masyarakat dan kawasan tempat aku tinggal dan mencari rezeki.
Sumber: Najib Towy