Siakap Keli

Money Heist Mungkin Tidak Akan Ditayang Bulan April Ini Dan Ada 15 Episod Untuk Musim Terakhir

Peminat siri Netflix, La Casa De Papel atau Money Heist pasti tak sabar menantikan tarikh tayangan musim terakhir bagi menyambung kisah rompakan dalam musim keempat yang tergantung.

Dalam kemaskini terbaru menerusi Netflix Updates, musim terakhir ini mungkin bakal ditayangkan dengan 15 episod kesemuanya dan dijangka bakal meleraikan konflik rompakan yang sedang berlaku.

Bagi yang tidak pernah menonton siri Netflix ini, Money Heist adalah sebuah siri dari Sepanyol yang sangat di minati di seluruh dunia. Siri ini mengisahkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh ‘The Professor’ dalam misi rompakan mereka yang penuh cabaran dan konflik.

Siri ini dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Sepanyol pada mulanya. Sehinggalah Netflix melamar siri ini untuk ditayangkan menerusi platform penstriman tersebut dan tidak disangka siri ini menjadi bualan ramai dan sangat-sangat dinantikan kemunculannya.

Sesi penggambaran siri ini untuk musim kelima tertangguh dek kerana pandemik Covid-19 yang menular di seluruh dunia. Ada desas-desus mengatakan siri ini akan mula ditayangkan pada bulan April ini.

Namun, impian itu seakan hancur apabila kemaskini terbaru semalam mengatakan tayangan siri ini akan ditangguh ke suatu tarikh yang masih belum diketahui.

Sumber: Netflix Updates

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.