Siakap Keli

(Video) Gelagat Oyen Minta Makanan Tapi Tak Dapat, Siap ‘Tampar’ Orang Dan Buat Muka Tak Puas Hati

Bila dah namanya oyen, pasti banyak perkara ‘pelik‘ yang berlaku sehingga membuatkan manusia pening.

Dengan kenakalannya itu, membuatkan ia menjadi kucing paling terkenal dalam ‘membuat masalah’ tetapi juga menghiburkan.

Sama seperti oyen yang seekor ini yang melakukan perbuatan tidak terjangka pada seorang lelaki di kedai makan.

Oyen tersebut pada awalnya dilihat meminta makanan tetapi sayangnya permintaannya itu tidak dilayan.

Mungkin ‘berang’ dengan perkara tersebut, ia dilihat terus ‘menampar’ wajah lelaki itu. Dah tampar tu, boleh pula si Oyen ni buat muka tak bersalah.

Walaupun mungkin ia melakukan ‘kesalahan’ tetapi ramai yang terhibur melihat telatah oyen itu.

Sumber: Farid LoriSewa

Sofea

There's always another side to every story