Siakap Keli

(Video) Rezeki Terpijak: Pelajar Bertuah Memenangi Set Komputer Bernilai RM9,000

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan oleh Ammar Abdul Khaliq Ding, 20, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat dari Nilai University, Negeri Sembilan. 

Ammar yang ditemui di rumahnya berkata, beliau berasa amat terkejut setelah diumumkan sebagai pemenang set komputer yang berharga RM 9,000. Nama Ammar Abdul Khaliq terpilih ketika sesi cabutan bertuah yang dijalankan secara ‘live’ di Facebook KakiProject

“Saya memang dah tengok ‘live’ tu. Lepas itu (setelah nama diumumkan), saya tidak tahu pulak yang dia ‘call’ untuk bercakap dengan pemenang. Saya pun tak kenal siapa dan tamatkan panggilan.

“Saya cam suara, tapi tak yakinlah itu Abang Fattah (gaming streamer). Selepas itu saya terima pesanan mesej dari wakil KakiProject memberitahu yang saya telah dipilih sebagai pemenang utama dan meminta saya untuk menjawap panggilan.

“Perasaan saya memang gembira dan bersyukur sangat-sangat sebab memang sudah lama berhajat nak beli (komputer ‘gaming’) ini, tapi rancangnya adalah selepas sudah ada kerja tetaplah..nak pakai duit sendiri. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi rezeki, sekarang dah dapat,” katanya.

Jelas Ammar, rezeki yang tidak disangka-sangka ini tidak lain tidak bukan adalah daripada ‘kerjasama’ orang awam juga yang memberi sokongan kepada pihak KakiProject.

“Terima kasih kepada KakiProject kerana telah merealisasikan impian saya. Dan terima kasih juga kepada korang semua yang telah ‘support’ KakiProject, kerana dengan ‘support’ korang, impian saya tercapai.” tambahnya lagi.

Untuk pengetahuan semua, KakiProject diwujudkan sebagai inisiatif untuk merealisasikan impian peminat-peminat projek ‘custom’ di seluruh Malaysia. 

Sebagai tanda sokongan, peminat-peminat untuk setiap projek yang diusahakan akan menyumbang serendah RM15 dengan membeli cenderahati keluaran KakiProject, sekaligus berpeluang untuk memenangi projek ‘custom’ tersebut sebagai hadiah utama.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi hadiah menarik ditawarkan bergantung kepada setiap projek yang diusahakan. Menarik kan?

Teruskan menyokong KakiProject supaya inisiatif seperti ini akan dapat terus diusahakan. Moga dengan sokongan dan sumbangan anda, impian rakan-rakan kita yang bertuah di luar sana akan dapat direalisasikan. Manalah tahu, sampai masa nanti, giliran anda pula?

Anda boleh layari website www.kakiproject.com atau follow di Facebook, Instagram dan Youtube KAKIPROJECT, supaya tidak terlepas projek-projek akan datang.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'