Siakap Keli

(Video) Tak Sangka, Anak ‘Mat Saleh’ Berdikir Barat Wau Bulan Di Belgium Buat Netizen Teruja

Bagi rakyat Malaysia, siapa sahaja yang tidak mengenali persembahan tradisional dikir barat dengan lagu ‘Ewa Bule’ berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Persembahan yang dilakukan secara berkumpulan dan diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara, seringkali menghiburkan hati ramai.

Baru-baru ini, sebuah video klip yang tular menunjukkan sekumpulan individu yang membuat persembahan dikir barat. Istimewanya, persembahan bukan dilakukan oleh anak tempatan tetapi oleh sekumpulan anak muda di Belgium.

Mereka adalah daripada kumpulan koir Ensemble Vocal Caloroso. Lebih membanggakan, susunan lagu dibuat oleh seorang rakyat Malaysia bernama Tracy Wong yang menjadi pengajar beberapa kumpulan koir dengan membawa budaya Malaysia di Kanada, Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah.

Berdasarkan carian, video tersebut pernah dikongsi pada Oktober 2019, bagaimanapun kembali popular selepas dimuatnaik sekali lagi baru-baru ini oleh Instagram igkelantan dengan meraih ratusan ribu tontonan.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen menzahirkan rasa bangga mereka akan budaya negara ini yang dikenali sehingga ke peringkat dunia.

 

Walau bukan orang Kelantan, tetap terharu bila orang luar nyanyikan lagu ni

Meremang bulu roma tengok

Bangga dan ‘respect’ gila!

Boleh tonton video penuh di sini:

Sumber: IG @igkelantan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.