Siakap Keli

Pemuda Trauma, Dakwa Pod Dalam Beg Tiba-Tiba Meletup Dan Terbakar

Rokok eletronik atau vape dan pod telah digunakan secara meluas di negara ini. Alat ini dikatakan menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil, mudah dibawa dan tidak meninggalkan bau yang kuat.

Namun, perkongsian oleh seorang pemuda di Twitter @AjwadJaris mengenai pod miliknya yang didakwa meletup ketika dibawa di dalam beg, mungkin boleh dijadikan peringatan kepada pengguna lain untuk lebih berhati-hati.

Menurut pemuda ini, pod yang meletup itu telah menyebabkan kebakaran kecil di dalam beg dan mengakibatkan sekeping not RM50 miliknya turut terbakar.

Habis duit RM50 sekeping terbakar

Dia juga turut menolak andaian bahawa pod tersebut berada di dalam mod ‘on’ kerana alat itu dipadamkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam beg.

Beg belah belakang tak terbakar, kalau tak habis badan..

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memberikan pendapat masing-masing berhubung kejadian tersebut. Tedapat sebilangan yang menyatakan pemuda itu ‘bertuah’ kerana pod tersebut tidak meletup ketika dihisap atau atau semasa dipegang di tangan.

Ni kalau meletup kat muka auto rabak muka

Meletup dekat bibir, berkeping-keping duit RM50 kena keluar

Mujur tak terbakar badan sekali..

Sumber: Twitter @AjwadJaris

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.