Anak-anak merupakan motivasi bagi seorang ayah untuk bekerja keras mencari rezeki. Penat seharian bekerja, telatah anak-anak menyambut kepulangan si ayah di rumah adakalanya boleh meringankan beban dan tekanan.
Mungkin sebab itulah ada antara ibu ayah yang membawa gambar keluarga mereka ke mana sahaja, termasuk ke tempat kerja.
Inilah yang dilakukan seorang rider Foodpanda di Singapura yang melekatkan gambar kanak-kanak dipercayai anaknya pada motosikal, membuatkan orang ramai tersentuh.
Dalam gambar dikongsikan Bart Salleh, kelihatan helmet lelaki itu juga dipenuhi pelekat kartun dipercayai milik anak-anaknya.
“Bila saya tengok helmetnya, saya tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu kepada pakaian hariannya.. Kemudian saya tersedar.”
Perkongsian itu telah mendapat lebih 16 ribu tanda suka dan 15 ribu perkongsian di laman Facebook.
When I looked at his helmet, I was wondering why he did that to his daily wear… then I realised🥺 Damn bro keep going man! Be safe out here!❤️
Posted by Bart Salleh on Wednesday, March 24, 2021


Rata-rata warga maya terharu dan mendoakan keselamatan lelaki tersebut sekeluarga.
Moga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki
Untuk ingatkan dia keluarganya menanti di rumah
Ayah yang kuat
Sumber: Bart Salleh