Siakap Keli
Gambar: IG Ernie Zakri & syamel_official

Sama Cantik Sama Padan, Syamel Dan Ernie Zakri Kini Bergelar Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri kini sah bergelar suami isteri.

Majlis pernikahan yang dijalankan kira-kira jam 10.30 pagi tadi telah diadakan di Masjid Puncak Alam Selangor.

Menjengah ke laman Instagram mereka, kedua-dua penyanyi terkenal ini telah memuat naik foto mereka berdua dengan kapsyen

Majlis Pernikahan Syamel ❤️ Ernie Zakri 26.03.2021

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal ke hujung hayat.

Sumber: Bernama Radio, Ernie Zakri

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.