Sebanyak 1,275 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 339,443 kes setakat Jumaat (26 Mac 2021), jam 12 tengahari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 14,269 kes.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,509 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 323,925 kes.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian Covid-19 pada hari ini melibatkan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,249 kes.
Sumber: FB Noor Hisham Abdullah