Siakap Keli

(Video) Raih 2.5 Juta Tontonan, Respon Kucing ‘Pekak’ Ini Ketika Disentuh Jadi Perhatian Ramai

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kucing juga boleh mengalami kecacatan yang sama seperti manusia.

Ada sesetengah dari haiwan tersebut yang mempunyai masalah pendengaran sejak ia dilahirkan.

Seperti kucing yang tular di TikTok ini , pemiliknya dilihat perlu menyentuh haiwan itu terlebih dahulu jika ingin ‘berkomunikasi’ dengannya.

Kucing putih bermata biru itu akan memberikan respon dengan suara yang kuat.

@kender37

Sleepy kitty #ThisIsQuitting #whippedcoffee #TheSongOfUs #styletips #PlayByPlay #catsoftiktok

♬ original sound – kender

Pastinya berbeza dengan kucing yang lain tetapi ia tetap dijaga dan disayangi dengan sebaiknya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 2.5 juta tontonan di TikTok.

Kekurangan kucing itu membuatkan ramai netizen sebak tetapi turut ‘geram’ dengan kecomelannya.

Sumber: Kender37

Sofea

There's always another side to every story