Siakap Keli

Fungsi TV, DSLR dan Mikroskop Dalam Satu Smartphone, Kalau Korang Beli Boleh Dapat Hadiah Percuma Berjumlah RM1,935

OPPO pada baru-baru ini telah melancarkan siri model terbarunya iaitu OPPO Find X3 Pro 5G. Model terbaru ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi hebat yang sangat menarik dan berteknologi tinggi.

Model OPPO Find X3 Pro 5G ini memiliki design lekuk yang diinspirasikan dari kapal angkasa sekali gus memberikannya kelihatan anggun dan mewah. Telefon pintar keluaran China ini dilengkapi dengan skrin jenis AMOLED Dual Curve Screen. Body telefon pintar ini juga turut didatangkan dengan bersaiz Ultra Slim.

Ianya juga turut dilengkapi dengan ciri IP68 kalis air serta debu. Didatangkan dengan 2 pilihan warna yang menarik serta ekslusif iaitu glossy black dan biru, tidak hairanlah kenapa Yuna sendiri menyukai OPPO Find X3 Pro 5G ini.

 

Paling menarik berkenaan model OPPO Find X3 Pro 5G ini adalah ianya bakal menjadi telefon Android pertama yang hadir dengan format warna 10-bit DCI-P3 yang dapat memberikan ketepatan warna dihasilkan.

Ini bermakna, Find X3 Pro 5G dapat mengambil, menyimpan dan mengeluarkan warna berdasarkan format 10-bit.

Tetapan kamera utamanya pula dilengkapi dengan 1 Bilion Dwi kamera utama yang mampu menangkap dan merakam 1 bilion warna, contohnya macam gambar-gambar kat bawah ni. Gambar yang Yuna snap pun memang cun habis! 

 

 

 

Terdiri dengan 50-Megapixel (sudut ultra-lebar) + (Sony IMX766) dan 50-Megapixel (sudut-lebar) + (Sony IMX766) yang membolehkan korang snap gambar lebih luas, contohnya macam gambar sebelum dan selepas kat bawah ni.

 

 

Paling menarik sekali, ianya juga turut didatangkan dengan kamera Microlens 3MP dengan pembesaran sebanyak 60x yang berfungsi seakan mikroskop.

 

Sebelum 60x magnification kamera microlens, inilah hasilnya.

Dan selepas menggunakan 60x magnification, inilah gambar yang dihasilkan kamera microlens ini.

Jom tengok demo 60x Microlens ni. Memang power!

Bukan itu sahaja, OPPO Find X3 ini juga hadir dengan kamera telefoto 13 MP dan boleh zoom sebanyak 20x.

Bagi spesifikasi peranti ini pula, ianya dilengkapi dengan cip Qualcomm Snapdragon. Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W dan 30W pengecasan pantas wireless. Dan korang jangan tak tahu, OPPO Find X3 Pro 5G juga boleh berfungsi sebagai ‘power bank’ dengan 10W reverse wireless charging. Korang hanya perlu letakkan belakang telefon korang pada Find X3 Pro 5G ni, dah boleh charge!

Storan dalaman pula sebesar 256GB dan turut dibantu oleh memori 12GB RAM. Untuk makluman juga, ianya mampu menghasilkan 12Hz Refresh Rate.

Jadi apa tunggu lagi? Pra-tempah OPPO Find X3 Pro ini dibuka mulai 25 Mac hingga 8 April 2021. Dengan harga RM4,299, anda bakal mendapat free gift yang bernilai sebanyak RM1,935.

Antara free gift yang ditawarkan OPPO adalah OPPO Enco X, wireless charger, Kevlar Phone Case, jaminan 1 tahun dan 1 tahun jaminan perlindungan kerosakan skrin serta 1 tahun servis HeyTap Cloud dengan 1TB storan secara percuma.

Korang boleh buat pembelian di Wesite OPPO, Shopee, Lazada, Maxis, Digi, Celcom dan UMobile

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.