Kata orang, cemburu tanda sayang. Jadi normal lah jika setiap pasangan memiliki sekurangnya sedikit rasa cemburu terhadap pasangannya.
Namun bagi seorang wanita di Magelang, Indonesia, perasaan cemburunya menyusahkan kembali diri wanita itu apabila dia tidak dapat menaiki motosikal pasangannya sendiri selepas lelaki itu mengubahsuai seat motosikal berkenaan.
Kongsi Borobudur News, Khoirul Anam mendakwa pasangannya, Intan Shinta sering menuduh lelaki itu membawa wanita lain menaiki motosikal miliknya.
Bagi meyakinkan wanita itu, Khoirul kemudiannya mengubahsuai tempat duduk motosikal miliknya dengan menambah paku berceracak pada bahagian belakang, hanya meninggalkan sedikit kawasan untuknya duduk seorang.
Ubahsuai itu akhirnya menyusahkan Intan apabila wanita itu tidak dapat membonceng di belakang, sebaliknya terpaksa duduk di tempat letak kaki di hadapan.
Kiriman Khoirul Anam di Facebook mendapat lebih 18 ribu perkongsian oleh warga maya yang terhibur melihat pasangan berkenaan.
Kedua-dua mereka pernah tular sebelum ini selepas dikatakan bertemu jodoh melalui iklan sepanduk yang dipapar Khoirul Anam pada penghujung tahun lalu.
Makanya jadi cewek jangan posesif Intan Shinta kalau jok motorku udah tak modif repot sendiri kan kalau mau pergi… #sulekersss #senimanfotonyeleneh
Posted by Khoirul Anam on Sunday, March 21, 2021
Sumber: Borobudur News, Khoirul Anam