Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

(Video) Detik-Detik Cemas Kenderaan Disambar Api, Dipercayai Guna Telefon Bimbit Ketika Isi Minyak

Sebuah kenderaan dilaporkan terbakar selepas seorang lelaki cuba mengalih hos petrol ketika menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Mexico, lapor Mirror UK.

Dalam kejadian pada Isnin, lelaki berkenaan dikatakan sedang mengisi petrol sebelum cuba mencabut hos daripada tangki dalam keadaan telefon berada di tangannya.

Menurut portal itu, secara tiba-tiba api menyambar kenderaan miliknya dan merebak dengan cepat. Dalam rakaman dikongsikan, lelaki itu dilihat menjatuhkan hos petrol serta menjauhkan diri sementara api menyambar kenderaan tersebut.

Pihak bomba dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian dan api berjaya di kawal sebelum ia merebak ke kenderaan lain. Tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut timbalan pengarah perlindungan awam Ciudad Madero, Aurelio Cantu, penggunaan telefon di stesen minyak adalah diharamkan sama sekali.

Jelasnya, cas elektrik kecil dibebaskan telefon ketika menerima panggilan boleh menyalakan api.

Bagaimanapun, penjelasan Cantu mengenai kebakaran tersebut telah dipertikaikan oleh beberapa badan seperti Petroleum Equipment Institute (PEI) dengan alasan bahawa telefon bimbit tidak dapat menyebabkan kebakaran, tulis Mirror UK.

Pun begitu, PEI mengakui bateri telefon yang rosak boleh menyebabkan percikan yang mampu menyalakan api.

Sumber: Mirror UK

Amira

Love yourself.