Siakap Keli
Gambar: Kompas

(Video) Penduduk Gempar Temui Sosok ‘Pocong’ Atas Bumbung Rumah, Disyaki Pencuri Dan Berjaya Larikan Diri

Penduduk kampung Babakan, Cilegon dan Banten di Indonesia gempar dengan kemunculan sosok pocok yang tular di media sosial.

Namun, sosok yang didakwa sebagai pocong itu sebenarnya adalah seorang pencuri, lapor Kompas.

Tindakan pencuri yang menyamar sebagai pocong itu lantas menjadi tular di media sosial, menurut Kompas.

Kemunculan pocong tersebut di bumbung sebuah rumah membuatkan penduduk setempat gempar. Namun, setelah diteliti, penduduk mendapati bahawa sosok tersebut sebenarnya adalah manusia yang disyaki sebagai pencuri.

Penduduk cuba mengepung pocong tersebut di rumah tersebut, namun pocong itu dilaporkan berjaya melarikan diri.

Menurut penduduk, pocong tersebut dilaporkan telah muncul sejak 4 hari yang lalu di kampung mereka.

Salah seorang penduduk telah dilaporkan kehilangan 2 buah telefon bimbit serta dokumen-dokumen yang berharga.

“Rumahnya telah dimasuki seseorang, kehilangan 2 telefon bimbit serta dokumen. Dokumen-dokumen tersebut telah dijumpai di kubur. Yang pasti ianya adalah kecurian,” kata Ketua Kampung Babakan.

Sumber: Kompas

Aqmal Ezany

I write what is right