Bila disebut sahaja sotong kembang, pasti ramai menggemari hidangan ini yang biasa dimasak sebagai sambal tumis. Sangat enak dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih, namun cara penyediaannya dikatakan agak sedikit leceh.
Seperti perkongsian oleh seorang individu Norliza Liza mengenai hidangan ini menerusi Group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL di Facebook yang ternyata membuatkan ramai warganet teribur.
Manakan tidak, sambal tumis sotong kembang yang pertama kali dimasak menjadi sebaliknya. Apabila periuk dibuka, yang tinggal hanyalah tulang, sotong pula ‘menyorok’ sehingga tak dapat ditemui. Epik sungguh!
Kisah sotong kembang.
First time selama hidup tak pernah beli masak sendiri. Hari ni semangat akak nak masak sambal sotong kembang…
Hari tu masa beli nasi lemak abang yang jual sambal sotong ni cakap masuk kejap dalam periuk tekanan tinggi… baru la lembut gebu jer..
Alih-alih bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong… Ehhhhh mana pergi sotong nie…sambal dah elok masak…sotong ni menyorokk.. Tak puas hati akak tuang je kat dalam sinki.. Nahhhhh…suprise tinggal seperti dalam gambar jer..
Rupa-rupanya akak salah setting periuk… tertekan untuk daging… selalu setting daging jer.. hari ni ambik… tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga.. Nasib sotong dah hancur lebur…dapat bau jer..
Perkongsian yang mendapat 11 ribu tanda suka itu dibanjiri oleh 2.4 ribu komen netizen yang memberikan pelbagai cadangan ‘bernas’ kepada wanita tersebut untuk ‘menyelamatkan’ sotong berkenaan.
Jangan buang, masukkan dalam peti sejuk nanti beku jadi sotong balik
Boleh buat agar-agar sotong basah
Sambal sotong anganku musnah tinggal rangka
Lima resipi sotong rangka
Sumber: Norliza Liza via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL