Siakap Keli
Gambar Via Antara News

(Video) “Allahhuakbar..,” Detik-Detik Cemas Kilang Penapis Minyak Di Indonesia Meletup Dan Terbakar

Sebuah kilang penapis minyak di Balongan, Indramayu, Jawa Barat, dilaporkan telah meletup dan terbakar pada awal pagi ini.

Menurut CNN Indonesia, api yang marak dapat dilihat dari jarak lima kilometer.

Seorang penduduk di kawasan itu mengatakan bahawa kawasan kilang minyak itu mengeluarkan bunyi letupan yang kuat.

Puluhan jentera bomba telah tiba di tempat kejadian bagi memadamkan api, lapor Republika.

Jalan antara Indramayu-Cirebon juga ditutup buat sementara waktu.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran kilang terbesar di Indonesia itu.

Kilang tersebut dikendalikan oleh syarikat Pertamina dan kegiatan utama kilang ini adalah memproses minyak mentah menjadi produk petroleum, bukan petroleum dan petrokimia.

Ia mula beroperasi pada tahun 1994 dan terletak di Indramayu atau sekitar 200 km arah timur Jakarta.

Sumber: CNN, Republika

Sofea

There's always another side to every story