Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

i-Sinar: Ahli KWSP Boleh Buat Permohonan Baru, Pembatalan Pengeluaran, Pindaan Amaun & Maklumat Permohonan Sehingga 30 Jun Ini

Masihkah anda ingat lagi dengan inisiatif kerajaan ‘memberi lampu hijau’ untuk kita ‘merasai’ duit simpanan kita sendiri ketika pandemik COVID-19 ini?

Ya, itulah yang dibuat kerajaan sebelum ini apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengizinkan semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pengeluaran wang simpanan melalui inisiatif i-Sinar.

Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah semata-mata untuk meringankan beban ahli yang sudah cukup lama ‘mengikat perut’ sepanjang tempoh cuaca ekonomi negara masih suram ketika ini.

Mengimbas semula, kerajaan telah bersetuju membenarkan ahli KWSP membuat permohonan pengeluaran i-Sinar bermula 8 Mac lalu sehingga 30 Jun nanti.

Perlu difahami, mana-mana ahli KWSP yang mungkin belum sempat buat permohonan haharu sebelum ini, anda dialu-alukan untuk melakukannya sepanjang tempoh ini.

Namun jika ‘tiba-tiba’ anda berniat untuk membatalkan pengeluaran itu, pun boleh juga. Pembatalan permohonan juga boleh dibuat dalam tempoh tersebut.

Dalam pada itu, bagi yang ingin membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem serta permohonan, anda juga boleh melakukan pindaan tersebut sebelum 30 Jun nanti.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah berkunjung ke laman sesawang KWSP di isinar.kwsp.gov.my nanti. Ingat, kalau belum mohon, silalah mohon sekarang. Jangan terlepas peluang manfaatkan simpanan anda ya.

Sumber: KWSP / MOF

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.