Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Khairy Gesa Pemilihan UMNO Disegerakan Bagi Selesai Kemelut Parti

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini menggesa pucuk pimpinan UMNO agar mengadakan pemilihan parti itu dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalamannya.

Beliau berkata pemilihan seharusnya dijalankan tahun ini, tanpa perlu menunggu selepas pilihan raya umum yang akan datang.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO… segerakan pemilihan parti… jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum (PRU).

“Do the right thing, Majlis Tertinggi… you know we cannot continue like this (lakukanlah perkara yang betul, Majlis Tertinggi.. anda tahu kita tidak boleh berterusan begini) ,” katanya dalam ‘InstaStory’ di akaun Instagramnya, sebelum beliau membuat ‘tangkap layar’ dan memuat naiknya di dalam akaun Twitter.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'