Siakap Keli

Lelaki Ditahan Didakwa Rogol Remaja, Sebelum Penggal & Rebus Kepala Mangsa Atas Dapur Gas

Seorang lelaki ditahan selepas pihak polis dilapor menjumpai kepala seorang jurusolek wanita yang diletakkan di atas dapur gas.

Selain kepala, bahagian lain tubuh mangsa yang berusia 19 tahun itu juga didakwa turut ditemui di tong sampah di sekitar rumah kediaman suspek (lelaki) tersebut.

Difahamkan, gigi dan kukunya telah dicabut, selain kepalanya turut dipenggal dan direbus dalam air panas di dapur rumah suspek. Mangsa juga dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Lebih mengerikan lagi, setiap kuku dan gigi itu dicabut dan diasingkan dengan cermat. Malah keratan anggota badan juga didakwa dipotong dengan agak profesional.

Tidak kurang juga, pihak polis turut menemui tubuh badan mangsa lain yang dikerat-kerat, dipercayai suspek berkemungkinan merupakan seorang pembunuh bersiri.

Bertemu suspek dalam satu lif

Selain itu, pihak polis mengesyaki bahawa suspek sebelum itu menyamar menjadi pelanggan di butik kecantikan tempat mangsa bekerja.

Mungkin sudah mengecam jejak mangsa, suspek dikatakan mengekori mangsa sehingga mereka ‘bertemu’ dalam satu lif bangunan yang sama, merujuk kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun apa yang terjadi seterusnya tidak dapat dipastikan, namun keberadaan mereka dalam lif yang sama membuatkan suspek bertindak menculik mangsa serta-merta.

Ekoran hilang tanpa khabar, kehilangan mangsa setelah diculik itu disedari ramai pihak termasuk ahli keluarganya sendiri. Namun ramai yang tidak berpuas hati dengan pihak polis kerana mendakwa mereka lambat bertindak sejurus laporan pertama kehilangan mangsa dibuat.

Siasatan pantas dijalankan, suspek berkenaan menyedari perbuatan bunuhnya dihidu pihak polis. Lalu suspek didakwa bertindak mahu membunuh diri sendiri bagi mengelakkannya ditangkap.

Namun pihak polis terlebih dahulu berjaya memberkasnya. Suspek yang tercedera akibat perlakuan sendiri kini dirawat di hospital sebelum perbicaraan dijalankan.

Gambar: Daily Star

Suspek seorang ahli farmasi, berpendidikan tinggi

Hasil siasatan mendapati, suspek merupakan seorang ahli farmasi terlatih. Selain itu, suspek juga adalah lulusan bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi.

Menurut sampel-sampel bukti pembunuhan, pihak polis mendapati setiap keratan pada tubuh mangsa yang dibuat suspek didakwa kelihatan ‘kemas’ dan profesional.

Malah ada sumber mengatakan, suspek sebenarnya datang daripada latar belakang keluarga yang hebat serta berpendidikan. Tidak dapat dipastikan kenapa dia bertindak sedemikian rupa.

Kematian ngeri mangsa membuatkan ahli keluargnya seakan tidak dapat menerima apa yang terjadi. Malah dikatakan mangsa mungkin akan selamat kalau pihak polis bertindak lebih awal.

Sumber: Daily Star

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'