Siakap Keli

PDRM Berjaya Tumpaskan Geng Nicky Yang Diketuai Seorang Lelaki 33 Tahun Bergelar Datuk Seri

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa PDRM telah melancarkan Ops Pelican dan berjaya menumpaskan Geng Nicky dengan nilai rampasan pelbagai jenis aset berjumlah lebih jutaan ringgit.

Tan Sri Hamid juga menjelaskan bahawa Geng Nicky ini diketuai oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang bergelar Datuk Seri. PDRM juga mendedahkan gambar ketua Geng Nicky tersebut dalam sidang media itu.

Menurut Hamid, Geng Nicky adalah sebuah kumpulan yang menjalankan jenayah terancang dan dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram. Pegawai dan anggota agensi penguatkuasa, beberapa VVIP dikenal pasti bersekongkol dengan geng Nicky.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)